Sorang cakap 7.65%. Sorang cakap 8.8%. Masing-masing nak menang. Kelakar pulak aku tengok orang-orang tua berbalah. Tapi gaduh macam mana pun lepas 5 minit masing-masing lepak isap rokok sekali. Cheh.
Selaku sang Urban yang berpandangan jauh yang lahir dalam dunia moden, mari sini aku terangkan tentang pengiraan Dividen dan Bonus ASB. Yang Public Mutual ke apa semua tu, kau gi tanya sendiri cina yang promote kat korang. Haaa.
Sebelum aku huraikan dengan lanjut tentang pengiraannya, korang kena faham dulu konsep dividen dan bonus. Dividen diberikan berdasarkan pelaburan tahunan, manakala bonus diberi untuk pelaburan selama 10 tahun. Pahammmm? Tak paham takpe. Kejap lagi aku explain satu-satu.
Pertama : Pengiraan Dividen
Pengiraan Dividen ASB dibuat secara BULANAN dan diagihkan secara TAHUNAN. Mengambil dividen tahun 2011 sebagai contoh, dan baki pelaburan minimum aku pada bulan Januari adalah RM 1,000.00, maka dividen aku untuk bulan Januari adalah seperti berikut:
Teruskan pengiraan untuk bulan-bulan berikutnya dan jumlah dividen yang diperolehi adalah bersamaan dengan jumlah dividen keseluruhan untuk 12 bulan pada tahun tersebut. Paham? Kalau tak paham, konfirm kecik-kecik dulu korang kuat makan mempedal ayam. Benak bak kata mak aku. Hahaha.
Kedua : Pengiraan Bonus
Ok bab bonus ni tricky sikit untuk yang benak la. Haha. Bonus akan diagihkan untuk jumlah baki pelaburan minimum BULANAN sepanjang 10 tahun pelaburan. iaitu untuk 120 bulan la senang cerita. Buat yang baru melabur, don't worry. Contoh korang baru melabur 4 tahun, maka bonus dikira untuk 48 bulan la.
Dengan mengandaikan aku start dari 0 bermula dari Januari 2011, aku konsisten simpan RM 200.00 sebulan. Bonus ASB tahun 2011 adalah 1.15%. (1.15% = 1.15 bahagi 100 = 0.0115. Yang ni pun ada yang tanya aku. Duh!) Maka kiraan bonus aku adalah seperti berikut :
RM (200 + 400 + 600 + 800 + 1000 + 1200 + 1400 + 1600 + 1800 + 2000 + 2200 + 2400)
=RM 15,600.00
kemudian guna formula ni:
Kalau tak paham jugak, korang download sahaja lah sheet excel ni dan masukkan angka-angka yang sepatutnya. KLIK SINI.
Ketiga : Status Pelaburan ASB
Nah. Korang baca sendiri je lah. Malas nak taip balik.
Ok. Harap maklumat ini berguna kepada semua. Nak melabur ke tak, tepuk dada tanya selera. Nak tanya pendapat aku? Jom lepak Mapley. Hahahaha.

4 comments:
Aku tak paham cemana ko boleh dapat figure RM15,600 untuk simpanan RM200 setiap bulan bermula Januari 2011 sampai Disember 2011. Bukan patut RM2400 je ke?
Saja gatal nak argue, padahal takde ASB pon. Hehe.
RM 15,600.00 tu bukan jumlah simpanan. Itu jumlah baki minimum pelaburan setiap bulan. Disebabkan bonus dikira secara BULANAN, maka matematik asas membolehkan kit kira bonus satu per satu mengikut baki minimum bulanan kemudian jumlahkan sehingga 120 bulan terakhir. Atau nak sum swmua baki bulanan minimum pun boleh. K good luck!
im about to ask the same Qs tapi takut dituduh benak, walaupun memang benak pun. sebab makan pedal!
how can it be RM15600 instead of RM2400?
neway, Im back in blogging sphere in a couple of weeks time. lets rock the world back :D
Err.. Now dah faham tak?
Post a Comment