Aku blur jugak la. Aku ingat Amalina apakah? Dangdut kah? Nama anak paling canggih untuk 2012 kah?
Rupa-rupanya masing-masing memperkatakan tentang Nur Amalina Che Bakri, pelajar genius Malaysia yang pernah mencetuskan fenomena di negara ini dengan kejayaan beliau memperoleh 17A1 di dalam SPM.
Kepada yang nak tahu apa yang hangat sangat tentang beliau, sila rujuk :
Isu utamanya ada dua di sini; satu Amalina dikhabarkan telah gagal dalam pengajiannya di UK dan telah pulang ke Malaysia secara senyap-senyap which is NOT TRUE. Tutup cerita.
Isu kedua pula tentang perubahan imej dan cara berpakaian Amalina yang dikatakan "kebaratan" dan bertentangan dengan imej beliau sebelum ke luar negara yang lebih sopan dan menutup aurat.
Aku taknak komen pasal isu ini sebab pada aku Amalina sudah cukup genius untuk menentukan yang mana baik dan buruk. Sebagai manusia Islam, tak salah untuk kita terus mendoakan yang terbaik untuk sesama insan rather than cakap kosong mengutuk mengeji. (mode Ustats Shauki)
Apa yang aku nak ulas adalah statement ini :
"Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009"
Ini adalah statement daripada emak beliau (rujuk artikel 2 kat atas)
Wow. Soalan dari aku pula, adakah pakaian kita tidak boleh dikritik jika kita pakai pakaian yang dibeli oleh ibu? Kalau begitu, boleh aku hint kat mak aku suruh beli shorts banyak-banyak. Hahaha.
Macam jawapan artis kan?
"Ibu bapa saya sendiri tak pernah tegur tentang apa yang saya pakai. Lagipun seksi itu subjektif." Wow sekali lagi.
Ni boleh jadi idea ni kepada pelajar Malaysia di Luar Negara yang nak kawin dengan pasangan gaynya dengan memakai baju melayu.
"oh, lagipun Baju Melayu itu dibeli oleh mak saya di butik Den Wahab!" Ambik kau. Hebat kan?
Tapi tu lah, kadang-kadang kita cakap lain, media tafsir lain. Mungkin apa yang ingin disampaikan oleh ibu Amalina lain dari apa yang diintepretasikan oleh media. Bersangka baik ok? (Ustats Shauki in the house)
Apa pun, tak adil menjatuhkan pandangan tanpa mendengar komen daripada tuan punya badan:
Okay? Itu Sawjew. Kowrawng bewbaws uwntuwk mewnyatakawn pewndapawt kowrawng sewndiriw. ( nak jugak pelat UK).
Nota kaki : Korang ingat lagi iklan pensel gred peperiksaan Stabilo yang menjadikan Amalina sebagai modelnya? Pernah aku terpengaruh untuk beli dengan harapan dapat 4.0 di Universiti. Tapi hampeh.
Eh jap. Tapi rambut aku oren tahun lepas. Adakah terkena sipi-sipi kenan beliau? Duh!
Nota kaki : Korang ingat lagi iklan pensel gred peperiksaan Stabilo yang menjadikan Amalina sebagai modelnya? Pernah aku terpengaruh untuk beli dengan harapan dapat 4.0 di Universiti. Tapi hampeh.
Eh jap. Tapi rambut aku oren tahun lepas. Adakah terkena sipi-sipi kenan beliau? Duh!
2 comments:
ulasan yang baik. sy pun tak sabar nak tgk video amalina tapi kene block! nyampah!
ada peluang nanti tengok la video dia.. baru penilaian kita lebih lengkap kan?
Post a Comment