AWAS! INI UNTUK BACAAN LELAKI SAHAJA. OH, PEREMPUAN BERMISAI PUN BOLEH BACA JUGA.
Siapa di antara kamu yang menghadapi masalah seperti aku, iaitu terpaksa shave muka setiap hari untuk kekal tampil muda dan berkeyakinan?
Sudah menjadi lumrah, muka akan sering terluka setiap kali bercukur. Betul? Kalau tak, sila keluar sekarang.
Nah, ini tips untuk kamu bagi menghasilkan cukuran yang sempurna tanpa luka.
Aku kurang pasti untuk korang, tapi selalunya dalam iklan, cara cukuran yang betul adalah dari atas ke bawah, ye ke? Tapi aku kurang selesa dengan kaedah sedemikian. Sebabnya cukuran jadi macam tak siap. Masih terasa kasarnya. Kiranya ada macam kertas pasir gred 3 kot?
Jadi, mengamalkan cukuran cara songsang (dari bawah ke atas) memang memerlukan teknik dan kemahiran yang tinggi. Ikuti langkah-langkah berikut.
LANGKAH 1
Pastikan kamu memiliki 2 benda ini. Satu, pisau cukur. Digalakkan jenis 3 mata. Dua, krim pencukur. Yang ini adalah kuncinya.
LANGKAH 2
Basahkan muka kamu sebaiknya. Masa ni lah nak berangan percikkan air ke muka macam dalam iklan tu ye tak?
LANGKAH 3
Ratakan krim pencukur ke seluruh kawasan yang ingin ditebas. Kuncinya di sini, SILA LETAK KRIM TERSEBUT DENGAN KANDUNGAN BUSA YANG PEKAT DAN BANYAK DI KAWASAN CUKURAN. Jangan kedekut sebab krim tersebut tak mahal, satu botol kecik tu kalau hari2 guna secara mewah-mewahan pun mampu tahan lebih sebulan.
Tips : Elakkan memilih krim pencukur dengan kandungan menthol. Sebab aku pernah terbaca, menthol boleh menjadikan kulit kasar dan hitam dan mati. Dah. Jangan nak mengada tanya aku pernah sapu menthol satu badan ke tak. Lempang karang.
Sebaliknya pilihlah krim yang neutral dan ada tulis conditioning. Ini menjimatkan sebab nanti lepas shave kulit tak rasa terbakar dan kering. Jimat tak payah apply after shave.
LANGKAH 4
Shave dengan berhati-hati. Jangan kelam kabut tekan pisau cukur sebab nak cepat. Tarik 2-3 kali di zon yang sama mampu menghasilkan cukuran yang sempurna tanpa mencederakan wajah. Tak tahu pulak aku kalau kamu bercukur untuk menghasilkan effect parut ganas di wajah.
Rasakan betapa lancarnya cukuran bila letak banyak krim pencukur ni. Licinnnnnnn.
LANGKAH 5
Sila bilas shaver kamu bila banyak misai bertakung di antara 2 bilah mata pisau dengan air. Sambung cukuran sampai habis dan bilas dengan bersih pisau cukur tersebut.
Tips : Ada yang pengotor tak bilas pisau cukur lepas guna. Bukan sahaja memendekkan jangka hayat pisau cukur, tapi menjadi tempat pembiakan bakteria.
Pisau cukur yang dibilas sempurna dan disimpan di tempat kering selepas guna (bukan letak dalam bilik air) boleh bertahan sehingga lebih sebulan. Maintain tajam!
Ok. Sekian sahaja. Tips ni aku tak tau lah berkesan ke tidak untuk cukur bulu kaki sebab aku tak pernah buat.
Tapi pembaca ni kadang-kadang kreatif. Diajar untuk cukur misai jambang je, dicubanya di kawasan lain. Aku tak tanggung eh.
1 comments:
tp kau pakai shampoo menthol kan? hmm... no wonder
Post a Comment