kembali ke zaman batu

Semalam dengan penuh konfidennye aku gi tekan button restore kat itunes bila dah connect phone dengan pc. Hajat di hati nak update ke OS yang lebih terkini. Bukan apa, OS versi 2.2 ni tak support banyak game yang berteknologi tinggi. Heh!

Dulu bukan aku taknak update, tapi takde Pwnage Tool untuk windows user. Tapi semalam aku search2 ada dah ipsw file yang dah siap di hack tinggal nak restore je.

Konfiden download ni. Tiba-tiba dah siap semua rupa-rupanya aku salah download ipsw file tu. Aku gi download yang belum hack punya. Chisss.. Dah la yang versi hacked punye file kena download melalui rapidshare dalam 3 fail. Oh tidakkkk... rapidshare punya transfer rate dari semalam sekitar 2.0kb/sec je..

Makanya aku terpaksa hidup di zaman batu selama kira-kira 2 hari la kot. Lagi tensyen ni bila aku tinggalkan utk download 2nd file sebelum gi ofis. Balik2 tadi tgk2 connection interrupted. AGHHHHHHHHH..

Ok. Maafkan ya kepada semua yang tak dapat menghubungi aku dalam 2-3 hari ni. Sekarang ni tak rasa mcm tiger woods dah. Seriyes rasa macam Flinstones!



p/s : Nije, faham ke? hahahahaha

siamang dua serupa?

Aku selalu percaya bahawa tekanan akan buat aku lebih efektif dan perform lagi bagus. Zaman student dulu (masa sekolah menengah) aku akan study seminggu sebelum exam. Masa tu selalunya aku akan dapat sejenis kesejukan yang hanya datang pada tapak tangan aku, seterusnya menimbulkan bibit-bibit cuak lantas menjadikan apa yang aku study lebih mudah meresap.

Tapi jenuh la kan nak tunggu tapak tangan sejuk baru nak study.

Zaman U aku dok tunggu jugak tapak tangan sejuk yang ajaib tu tapi tak sejuk-sejuk. Makanya tak study. Ok aku tau itu alasan ngada-ngada.

Zaman kerja ni pulak, aku terpaksa cipta tekanan tu untuk aku perform setiap hari. Selalunya imaginasi memainkan peranan. Macam-macam yang aku bayangkan. Contohnye kalau aku tak start keje nanti kaki aku kudung. Or kalau aku rajin nanti kulit aku akan cerah. Boleh?

Secara automatik aku akan dapat satu drive untuk terus rajin bekerja. Walaupun aku tau itu mustahil, tapi rasa takut atau excited nak kulit putih tu kadang-kadang buat aku tertipu jugak dengan imaginasi sendiri. Hahaha.

Sebut pasal kulit gelap ni, korang pernah tak disamakan dengan orang lain? Contohnye " Wah, muke ko macam Aznil la!" . Atau "Muka ko sebijik macam muka Rosnah Mat Aris!".

Dalam kes yang lebih ekstrem, ada yang disamakan dengan benda yang bukan-bukan, contohnye : "Muka si mamat tu macam burung pungguk". Atau "Muka ko macam kacang".

Dalam kes aku ni, aku dah tak larat sangat bila orang cakap muka aku macam muka seseorang yang agak terkenal jugak la. Mari buat kuiz. Kena teka-teka sikit. Ok, dia seorang selebriti, juga bintang sukan yang saaaaaangat kaya dan baru-baru ni eksiden sampai perkhabaran die eksiden mendapat liputan yang lebih meluas mengatasi berita daging korban tertera khalimah Allah.

Ok? Dah dapat teka? Haa.. sebenarnya aku selalu diberitahu muka aku sama dengan TIGER WOODS. Ye tuan-tuan, TIGER WOODS. No Budu. Bukan harimau yang ada kat atas langit tu. Tapi ni pemain golf terkenal lah kot.

Cuba tengok gambar ni :



Tak sama kan? Kan Kan? Ke sama? Entah korang nilai la sendiri sebab bukan aku yang cakap macam ni tapi aku kira-kira dah lebih 20 orang cakap benda ni. Ish..malu ai..(sambil gentel-gentel hujung bantal).

Aku rasa sebab kulit aku hitam pastu gelak nampak gigi cerah pastu bibir merah tu yang orang cakap macam tu. Cuba kalau aku pakai alfro, mesti orang cakap muka aku sebijik macam David Arumugam. Kalau aku buat rambut rasta pulak mesti ramai cakap aku jelmaan lagenda raggae Bob Marley. Gila betul.

Apapun, takat muka ada iras-iras apa ada hal. Lain la kalau muka sama automatik boleh dapat separuh dari kekayaan mamat tu. Dah sah-sah aku yang mengaku sendiri sambil sanggup berjemur lebih lama untuk mendapatkan kulit yang lebih gelap. (aku yakin sangat aku cerah sikit berbanding dia. Mungkin effect dari imaginasi aku awal2 tadi tak?)

Ok tu je. Merapunye entri!

p/s : Esok nak imagine kalau aku rajin kerja nanti aku punya muka dan skill main tennis sama macam Roger Federer pulak. Aminnn..

a i d i l A D H A

Esok hari raya korban. Cepat betul masa berjalan ye. Cerita pasal korban ni, korang pernah tolong kerja-kerja korban?

Hmm..aku tak pernah la sembelih ke..lapah ke..Cuma aku pernah tolong potong-potong daging, timbang dan masukkan dalam beg plastik. Ntah. Aku rasa macam tak sampai hati je nak sembelih / lapah binatang yang dikorbankan tu. Dari aku rasa kesian lantas tidak melayakkan aku untuk melantak sepuas hati daging yang diwakafkan, baik aku buat kerja yang tak berapa ngeri sangat. Bukan apa pun. Campur-campur daging pastu timbang.

Eniwei, sebut pasal korban ni, aku pernah berdebat dengan ex-bos aku (cina) tentang ibadah korban ni. Dia pertikaikan kenapa Islam kejam sangat bunuh binatang secara besar-besaran lepas tu berbangga dengannya. Dia keluar lah semua hujah bagai. Kesian binatang la, mengiakan bahawa Islam ni pengganas la dan sebagainya.

Aku diam je dulu sampai dia habis berhujah. Lepas dia habiskan hujah penggulungan, aku terus mulakan bicara. Aku explain kat dia yang kalau takde Hari Raya Aidil Adha pun, binatang tetap terus disembelih jugak. Cuma bila raya korban ni publisiti dia lebih sikit. Pastu aku pun terangkan lah antara matlamat korban ni nak bagi orang-orang miskin yang tak merasa makan daging tu peluang untuk makan makanan yang lazat sekurang-kurangjya setahun sekali. Sebab tu la golongan misking diutamakan untuk menerima wakaf daging korban.

Pastu aku terus counter attack. Ala bos, cuma kat tv tak pernah tunjuk orang bunuh bab* je. Kalau tunjuk sure orang pun ingat cina kejam terhadap binatang jugak tambah-tambah method 'pembunuhan' bab* tersebut sangatlah..err.. korang teka la sendiri.

Bos aku iyakan je. Tamat terus perbualan tentang korban ni, terus masuk soal jawab agama kenapa kena sembelih la, orang cina boleh makan daging korban ke tak, etc. Berbekalkan pengetahuan yang sikit ni, aku cuba jugak la jawab sebaik mungkin. Wallahualam.

Sebenarnya penting untuk kita highlight benda-benda yang baik dan positif di sebalik ibadah korban ni. Idak le penganut agama lain sesuka hati je cakap Islam suka bunuh binatang. Tak salah dieorang jugak, dah itu yang dieorang nampak.

Publisiti sepatutnya diberikan pada event penyerahan daging korban untuk orang miskin ke, gotong royong ramai-ramai masak daging korban bagi menunjukkan semangat kerjasama ke. Apa apa la instead of tunjuk scene sembelih & lapah. Tu belum masuk canang berapa banyak kerbau / lembu/ kambing tumbang kat satu-satu kawasan.

Eh, cerita pasal gotong royong ni, esok ada gotong royong korban kat kejiranan aku ni. Hahaha..sori la kawan-kawan. Tak dapat aku nak menolong sebab aku balik JB. (Fuhh..Lega!)

Kepada yang akan menyembelih esok, jangan lupa bawak payung tau. Bukan sebab takut hujan, tapi percayalah ianya akan banyak membantu kelak. Cayalah petua mak aku!

sengal?

Aku tak tau kenapa dengan aku ni. Dua tiga minggu ni aku agak sengal. Pada doktor, ni simptom sengal aku :

- traffic light hijau tetappp berhenti kereta
- salah jalan
- tengah sembang ngan orang aku blurrr..
- salah letak barang
- rasa lapar yang konsisten

Agak-agak, ni simptom kalau makan KFC overdose deh?

Aku dan Greentown Mall

Seingat aku, Greentown Mall dibuka pada tahun 1995. Masa tu aku darjah 5. Istimewanya Greentown Mall ni, dia terletak depan rumah aku. Hahaha. Best tak?

Aku ingat lagi masa hari pembukaan rasmi Greentown Mall ni. Punya lah ramai orang sampai penuh tepi jalan rumah aku. Tak pernah-pernah kawasan rumah aku seglemer ni. Jiran aku yang bijak mengambil kesempatan terus buat part time jaga parking kat kawasan tu. Keje senang gila. Bantu kereta masuk parking dan keluar parking dan walla! RM 1.00 satu kereta. Kan aku dah cakap rakyat Malaysia pemurah. Parking kalau singgit je mesti ok punya. Dengar-dengar keuntungan yang dieorang dapat hari tu melebihi RM500. Korang bayangkan lah berapa banyak kereta yang datang.

Dengang tersergamnya Greentown Mall kat depan rumah, tiba-tiba je padang permainan jadi sunyi. Selalu kalau petang je penuh budak-budak main guli ke, rounders ke, layang-layang ke (ikut musim) tapi kini tidak lagi. Asal tanye je "Apasal korang takde petang tadi?" Konpem jawapan ringkas lagi padat keluar dari mulut dieorang "Aku pegi rembow tadi".

Oh. Lupa nak bagitau. Dulu kat dalam Greentown Mall ni, supermarket yang ada kat dalam dia namanya Rainbow. Tapi dah budak kampung lidah Yeop, tu yang jadi "rembow" tu. Sekarang ni Rainbow dah tutup. Ganti dengan UO (Uda Ocean). Aku rasa management dia sama je. Cuma rebranding balik kot.

Dah nama pun budak-budak, dah ada tempat yang selesa macam tu, apa lagi rembow tu jadi padang mainan kiteorang la pulak. Puas aku dengan geng-geng aku dulu cuba semua permainan yang ada kat sana. Yang display-display tu habis kiteorang kerjakan. Ye lah, nak mintak mak aku belikan masa zaman tu konpem sama ada jawapan dia no! atau tiba-tiba je telinga aku kena piat pastu kena paksa buat kerja rumah atau hafal kali-kali. Kelakar tak mak aku panggil sifir kali-kali.

Kalau dah bosan sangat tu, kiteorang boleh main polis sentri kat dalam tu. Kadang-kadang main nyorok-nyorok. Hahaha. Dah nama pun budak memang tak tau malu. Pernah jugak pak guard kejar konon-konon nak halau kiteorang suruh balik rumah. Tapi kiteorang lari laju lagi. Hahaha. Nakal sungguh zaman kanak-kanak aku.

Sebenarnya, tarikan utama yang selalu buatkan aku dan geng-geng aku melepak kat sana ialah pusat permainan videonya. Yang ni memang aku susah nak resist. Game faveret aku tentunya Marvel Super Heroes, XMen vs Street Fighter dan King Of Fighter. Ye, semua game lawan-lawan punya. Bukan aku tak minat Daytona ke, game motor ke, tapi game-game tu harganya mahal (50sen sekali main). Dah la main sekejap pastu habis. Ish rugi..rugi..

Game yang paling aku minat tentunya King Of Fighter. Selalunya aku datang bawak 20 sen je. Tapi main boleh sampai 3 jam. Mana tak nye, sentiasa ada challenger yang mencabar. Lagi ko terrer lagi lama ko main. Kiranya tak jaguh tak terkalah la. Hahaha.

Ye, aku memang konpem bawah umur masa tu. Pernah aku kelam kabut lari bila kena ambush dengan polis. Tengah syok-syok main kena tahan polis pun pernah. Tapi buat muka seposen pastu polis akan terpedaya dan suruh aku balik jangan datang lagi. Tapi dah nama pun budak. Mana nak fikir panjang masa tu.

Tapi ada satu kejadian yang menyebabkan aku dekat 2 bulan tak pegi main game. Kejadian ni berlaku sehari sebelum UPSR. Aku konon-konon nak release tension la. Tak tau apa yang aku tensionkan pun sebab bukan study pun. Alasan je tu. Sebenarnye gian. Tengah sedap-sedap layan game tiba-tiba telinga aku kena piat. Alamak, mak aku ambush rupanya.

Habis aku kena hambat satu pusat game tu. Mak aku hambat bukan dengan tangan kosong, tapi lengkap bersenjatakan kayu-penggaru-belakang-badan tu untuk sebat aku. Last-last malam tu aku kena libas jugak. Tapi tak heavy sangat la mungkin takut aku koma tak dapat ambik exam kot.

Aku tak kisah sangat kena sebat tu. Itu memang hak mutlak mak aku. Lagipun alasan dia munasabah. Tapi maruah aku depan member-member memang kantoi beb. Cilake betul member-member aku. Dieorang bantai gelakkan aku. Asal jumpe je tak lekang key word "rotan", "hambat", "piat telinga", bla bla bla. Serik tu memang serik, tapi takat 2 bulan je la. Lepas tu buat balik.

Itu la serba sedikit zaman kanak-kanak aku. Ada masa lain kali aku story lagi.


p/s : Budu, ko pun layan KOF kan? Jom lawan!!!!!